Selasa, 21 Oktober 2014

Cara-Cara membuat lilin menggunakan Minyak Masak

Hai! You all.. Nak cuba sesuatu yang baru tak?

Haah~ hari ne Admin nak kongsi cara-cara nak buat lilin dari minyak masak terpakai. Mesti banyak kat rumah korang kan? Mungkin ada antara korang yang berat hati nak buang sebab minyak masak tu kelihatan elok lagi tapi.. untuk pengetahuan, protein atau nutrient yang terkandung didalam minyak masak akan hilang selepas dua kali digunakan. Itu apa yang Admin dengar la.. Ehh, jangan salah anggap pula, bukan Admin suruh korang membazir pun~ sekadar menambah ilmu saja.. hehee..


Membuat lilin ni taklah sesusah mana pun, cuma perlu sedikit kesabaran untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Sesetengah bahan untuk membuat lilin ini juga boleh didapati di rumah korang. Senang cerita, bahan yang boleh dikitar semula. Selain mendapat kepuasan melalui kreativiti korang sendiri, ia juga dapat membantu dalam mengurangkan pembuangan sampah di kawasan perumahan. Sesuatu yang baik bukan? Baiklah, mari kita mulakan dengan:


BAHAN-BAHAN


Minyak masak terpakai



Coagulant
* Boleh didapati kat KAISON/DAISO/kedai yang menjual barangan Jepun/Korea

Crayon
*Kikis halus-halus dan asingkan crayon mengikut warna
 
Benang/Yarn
*Sebangai sumbu

Bekas kecil/Kulit Telur


 
Haruman (Esen Vanilla/Lemon)
dan Lidi


CARA-CARA

  1. Masukkan 150ml minyak masak kedalam periuk dan panaskan.
  2. Selepas itu, masukkan satu paket coagulant ke dalam minyak masak dankacau hingga sebati.   [Formula: 150ml minyak masak = 1 paket coagulant]
  3. Pastikan minyak sentiasa panas untuk mencairkan crayon. *Cuba guna kreativiti anda untuk menghasilkan lilin yang cantik.
  4. Selepas itu, masukkan satu warna crayon ke dalam bekas kecil (A) dan kacau hingga sebati.
  5. Ikat benang pada lidi dan masukkan benang tersebut ke dalam bekas kecil (A) tadi.
  6. Biarkan selama beberapa minit sehingga minyak menjadi keras.
  7. Selepas beberapa minit, ulang semula langkah 4 dan langkah 5 TETAPI dalam bekas kecil yang lain (B).
  8. Selain itu, gunakan juga warna crayon yang berbeza supaya lilin akan kelihatan berwarna-warni apabila siap nanti.
  9. Masukkan minyak tersebut ke dalam bekas (A).
  10. Sekali lagi, biarkan selama beberpa minit.
  11. Ulang langkah yang sama sehingga bekas A penuh.
  12. Akhir sekali, titiskan esen vanilla/lemon sebagai haruman.
  13. Selain bekas kecil, anda juga boleh menggunakan kulit telur sebagai acuan supaya lilin kelihatan bulat.

Dah siap!!! Ne lah hasilnya~
                                  
Minyak masak dan crayon yang dah sebati dalam Bekas (B) dimasukkan kedalam Bekas (A).
Ne lah jadinya~ Korang kena tunggu lilin menjadi keras sebelum mengulangi langkah yang sama.
tadaaaaa~ cantikkan??
Lilin ne pun cantik juga~
ehm~ macam mana pulak dengan lilin ne??
lawanyaaa~
Senang kan?? So, macam mana?? Ada berani?? Tapi ingat, anda perlulah berhati-hati semasa mengendalikan minyak panas tersebut untuk mengelakkan kecederaan. Lilin-lilin yang telah siap bolehlah diletakkan pada setiap ruangan kat rumah korang sebagai perhiasan kalau korang tak nak jadikannya sebagai “lilin”. Heheheeee..

Selamat mencuba ^_^

5 ulasan:

  1. Assalam, mana nk cari bahan coagulant tu ye? Terima kasih. Artikel yg vagus.

    BalasPadam
  2. info yang bagus, minta izin share di blog saya ye, vendormallz dot com

    BalasPadam
  3. Hi, ini aktiviti masa kita buat dengan ahli Sepilok Jr Rangers ari tu? Thank you sebab share info tentang aktiviti ini.

    BalasPadam