Ahad, 23 November 2014

Nak cari side income? Kerja PART-TIME or FULL-TIME?


Assalamualaikum.. Harap anda sentiasa sihat..

Hari ne saya ingin kongsi sesuatu dengan anda berkaitan dengan side income. Mungkin ada diantara kita yang dah tahu tentang beberapa website yang menawarkan service untuk menjana pendapatan sampingan. Bagi yang belum tahu, meh.. saya bagitau..

Eh, ini bukan website seperti MLM, jual produk atau apa yang anda fikirkan sekarang ne. Apa yang saya ingin perkenalkan ialah website yang membantu anda untuk mendapat side income tanpa keluarkan sesen pun. Income yang anda peroleh setiap bulan bergantung kepada usaha yang anda lakukan. Meh kita tengok website apa yang x guna modal tu..

FREELANCER.COM (Kerja Part time or Full time pun bole)

Website ne percuma kepada semua (International) dan hanya berfungsi sebagai third-party jer. Sesiapa pun bole post projek mereka kat website ne. Contoh projek seperti menulis artikel, software, design logo dan business card, data entry, 3D animation, blogging, dan macam-macam lagi lah. Kerja-kerja yang ditawarkan sesuai untuk golongan pelajar dan juga yang sudah bekerja. Jadi, anda hanya perlu perah otak jer tuk siapkan kerja yang diterima. Pendapatan yang anda terima adalah dalam bentuk dollar America. Lumayan dah tu, untuk pengetahuan tukaran sekarang ($1=RM 3.334)..  Eh, tapi jangan salah anggap pula.. bukan website yang bayar gaji tapi employer yang menawarkan projek tu yang bayar gaji anda. Gaji bergantung kepada hasil kerja anda juga. Kalau cincai, alamatnya cincai juga laah gaji anda.. hahahahaha

Macam mana nak apply kerja ne? senang jer, hanya perlu bid kerja yang anda suka. Bid ne kira macam berapa harga dan jangka masa yang anda tawarkan untuk siapkan projek tu. Tak perlu fikir panjang pun, bila anda dah tekan bid projek button, automatik ranking anda tertulis kat situ. Selalunya, ranking paling atas berpotensi besar untuk menang projek tu. Tapi tak perlu risau la, anda sentiasa ada peluang punya.. ^^)

Nak tahu lebih lanjut.. klik link ne https://www.freelancer.com/affiliates/anieyrza/

8share.com (Bila-bila jer bole masuk)

Website ne pula sesuai untuk sesiapa sahaja, yang penting anda ada ramai kawan yang sudi untuk bantu anda. Hanya copy link yang ditawarkan dan anda dah bole mula sebarkan story anda kat laman sosial seperti facebook, twitter, google plus dan lain-lain lagi.. hehee.. 20 sen akan masuk dalam account anda untuk setiap orang yang baca story anda. Walaupun tak banyak, tapi kalau anda kumpul lama-lama, dan juga yang merasa hasilnya, bukan?

Nak tahu lebih lanjut, klik la link ne tak pun copy paste: http://bit.ly/1pFATfl

Microworker.com (bila-bila jer bole masuk)

Website ne pun free jugak. Tapi kena la rajin sikit masuk website ne kalau nak cari income lebih. Kerja yang diberikan senang sikit. Ada yang hanya memerlukan ada untuk sign up, clik atau bagi komen kat youtube, google atau yahoo. Yang paling senang, hanya copy link, pegi page tersebut dan copy balik original link. tadaaaaaa... dah siap, terus hantar.. sehari dua masuk la duit ke account anda.. Sekali lagi saya tekankan, walaupun wang yang diterima tak banyak, tapi jika anda melakukannya berkali-kali, sudah tentu anda mendapat hasil yang lumayan. Orang kata, simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

nak tahu lebih lanjut, hanya perlu klik link ne, tak pun copy paste: https://microworkers.com/index.php

Okay, tu jer dari saya untuk hari ne.. Len kali saya masukkan cerita lain pula. Yang ingin mencuba, jangan ragu-ragu lagi. Buat apa yang terlintas kat fikiran anda sekarang sebelum anda menyesal di kemudian hari. Saya bukannya nak promote website, just kongsi ilmu jer.

Anyway, GOOD LUCK !!