Hai! You all.. Nak
cuba sesuatu yang baru tak?
Haah~ hari ne Admin
nak kongsi cara-cara nak buat lilin dari minyak masak terpakai. Mesti banyak
kat rumah korang kan? Mungkin ada antara korang yang berat hati nak buang sebab
minyak masak tu kelihatan elok lagi tapi.. untuk pengetahuan, protein atau
nutrient yang terkandung didalam minyak masak akan hilang selepas dua kali
digunakan. Itu apa yang Admin dengar la.. Ehh, jangan salah anggap pula, bukan
Admin suruh korang membazir pun~ sekadar menambah ilmu saja.. hehee..
Membuat lilin ni
taklah sesusah mana pun, cuma perlu sedikit kesabaran untuk mendapatkan hasil
yang memuaskan. Sesetengah bahan untuk membuat lilin ini juga boleh didapati di
rumah korang. Senang cerita, bahan yang boleh dikitar semula. Selain mendapat
kepuasan melalui kreativiti korang sendiri, ia juga dapat membantu dalam
mengurangkan pembuangan sampah di kawasan perumahan. Sesuatu yang baik bukan? Baiklah,
mari kita mulakan dengan:
BAHAN-BAHAN
 |
Minyak masak terpakai |
|
 |
Coagulant
* Boleh didapati kat KAISON/DAISO/kedai yang menjual barangan Jepun/Korea |
|
 |
Crayon
*Kikis halus-halus dan asingkan crayon mengikut warna |
|
 |
Benang/Yarn
*Sebangai sumbu |
|
 |
Bekas kecil/Kulit Telur |
|
 |
Haruman (Esen Vanilla/Lemon) dan Lidi |
|
CARA-CARA
- Masukkan 150ml minyak masak kedalam periuk dan panaskan.
- Selepas itu, masukkan
satu paket coagulant ke dalam minyak masak dankacau hingga sebati. [Formula: 150ml minyak masak = 1 paket coagulant]
- Pastikan minyak sentiasa panas untuk mencairkan crayon. *Cuba guna kreativiti anda untuk menghasilkan lilin yang
cantik.
- Selepas itu, masukkan satu warna crayon ke dalam bekas
kecil (A) dan kacau hingga sebati.
- Ikat benang pada lidi dan masukkan benang tersebut ke
dalam bekas kecil (A) tadi.
- Biarkan selama beberapa minit sehingga minyak menjadi
keras.
- Selepas beberapa minit, ulang semula langkah 4 dan langkah
5 TETAPI
dalam bekas kecil yang lain (B).
- Selain itu, gunakan juga warna crayon yang berbeza supaya
lilin akan kelihatan berwarna-warni apabila siap nanti.
- Masukkan minyak tersebut ke dalam bekas (A).
- Sekali lagi, biarkan selama beberpa minit.
- Ulang langkah yang sama sehingga bekas A penuh.
- Akhir sekali,
titiskan esen vanilla/lemon sebagai haruman.
- Selain bekas kecil,
anda juga boleh menggunakan kulit telur sebagai acuan supaya lilin kelihatan
bulat.
Dah
siap!!! Ne lah hasilnya~
 |
Minyak masak dan crayon yang dah sebati dalam Bekas (B) dimasukkan kedalam Bekas (A). |
 |
Ne lah jadinya~ Korang kena tunggu lilin menjadi keras sebelum mengulangi langkah yang sama. |
 |
tadaaaaa~ cantikkan?? |
 |
Lilin ne pun cantik juga~ |
 |
ehm~ macam mana pulak dengan lilin ne?? |
 |
lawanyaaa~ |
Senang kan?? So, macam mana?? Ada berani?? Tapi ingat, anda perlulah berhati-hati semasa mengendalikan minyak panas
tersebut untuk mengelakkan kecederaan. Lilin-lilin yang telah
siap bolehlah diletakkan pada setiap ruangan kat rumah korang sebagai perhiasan
kalau korang tak nak jadikannya sebagai “lilin”. Heheheeee..
Assalam, mana nk cari bahan coagulant tu ye? Terima kasih. Artikel yg vagus.
BalasPadamMane nak cari bahan tuh?
BalasPadamcougulant tu ade jual kat daiso
BalasPadaminfo yang bagus, minta izin share di blog saya ye, vendormallz dot com
BalasPadamHi, ini aktiviti masa kita buat dengan ahli Sepilok Jr Rangers ari tu? Thank you sebab share info tentang aktiviti ini.
BalasPadam